Pages

Labels

Wednesday, August 13, 2008

Selamat Pengantin Baru....

Salam. sebenarnya perjalanan penulis ke semanggol waktu mid sem baru ni adalah untuk pergi ke majlis walimah Akh Izwan dengan zaujahnye. Disebabkan mendapat jemputan daripada pengantin melalui sms, jadi berusaha juge lah untuk hadir. Akhirnya dimanfaatkan cuti mid sem yang ade. Alhamdulillah kebetulan waktu tu cuti. Dapat la pergi. Sebenarnye tak berape nak tulis banyak ni nak tunjuk beberape gambar je.




Tuesday, August 12, 2008

Cuti Mid Sem....

2 ogos bermulanya mid sem tuk exam dan hari tu jugelah bermulanya cuti mid sem. Jadi selain daripada persiapan untuk peperiksaan, penulis juge membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Tetapi sebelum pulang ke kampung, penulis dan beberapa rakannya yang lain telah pun merancang untuk pergi ke suatu tempat. Destinasinya adalah di Perak Darul Ridzuan, salah sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Perjalanan kali ini boleh dikatakan agak mencabar dan menguji kesabaran kami. Pada awalnya, kami rancang untuk bertolak dari kampus pukul 12 tengahari. Tapi terpaksa tangguh sebab Haq dan Hadi kene siapkan tutorial dan submit sebelum balik ke kampung. Akhirnya bermulalah perjalanan kami lebih kurang pukul 6 petang. Itu pun penulis dan Hadi yang pegi dulu. Tapi tak pe. Sebelum pergi ke Perak, kami rancang nak pergi di KLCC untuk mengunjungi PC fair. Sesampainya di KLCC kami terus ke masjid berhampiran KLCC untuk solat sambil menunggu Haq dan Majdi.


Sampai kat masjid kami rehat kejap, waktu tu penulis ternampak seseorang yang yang macam dikenali. Penulis pun pergi dekat brother tu. Rupenya brother tu, senior penulis waktu di TAHAP dulu. Nama die Asyraf Syahrawi tahapian SPM 2004. Waktu yang ada, sempat la juge bertanya khabar. Habis sembahyang sambung pe

rjalanan untuk mencari makanan. Disebabkan di KLCC confirm takde gerai punye, jadi kami pergi menuju ke KFC. Nasib baik on the way nak gi makan jumpe dengan Ijlal, die ni junior penulis waktu di Darul Quran dulu. Sekarang ini tengah buat persediaan untuk ke Mesir. Dia lah yang tunjuk jalan kat dalam KLCC tu.

Rasenye mungkin dah jadi takdir agaknya. Time nak m

asuk KFC tu pulak jumpe ngan sorang lagi tahapian. Yang kali ni memang seronok betul la sebab dah lame tak jumpe, nak contact pun tak dapat sebelum ni. Name die Azizi same batch ngan penulis PMR 2004 habis PMR dia masuk Sekolah Sains Alam Shah. Bile dah jumpe, lame jugelah sembang sampai terlupe nak order makanan. Adalah dalam 15 minit lepas tu die pergi. Waktu tengah makan, Haq dan Majdi pun sampai diorang baju koporat IQRAC warna biru Nampak macam pemuda Barisan Nasional je.



Gambar di tepi tasik



Habis makan seperti yang dirancang nak pergi PC Fair, waktu dah pukul 9.30 malam. Bile dah nak sampai dekat dewan tu kami dapat mesej mengatakan bahawa PC Fair dah tutup. Sedihnya...... Tujuan asal pegi kat KLCC nak tengak PC Fair.

Dalam perjalan ke dewan PC Fair, kami lihat pelbagai jenis manusia. Teringat penuli

s ketika itu bagaimana kehidupan Arab Jahiliah dahulu sebelum diutuskan Nabi SAW. Tak tau kenapa penulis tiba-tiba terbayang begitu. Mungkin inilah yang dikatakan jahiliah Moden. Tak nak salah sesiapa, tetapi waktu itu terasa berdosanya bila melihat anak MELAYU berkelakuan sebegitu rupe...( ok tutup cerita ni, fikir-fikirkan lah..).

Kami pun terus menuju ke Serendah (rumah Hadi) dalam k

eadan yang sangat letih dah. Situasi KLCC waktu PC fair tau-tau je la. Nak beli tiket LRT pun dah ambil masa lama. Sampai di KL sentral pun kene beratur panjang nak beli tiket Komuter. Akhirnya dapat naik Train pukul 10.30 malam.

Sampai kat Rawang abang kepada hadi ambil bawa ke rumah. Sampai kat rumah, kami pun berehat....... Esoknye, kalau ikut plan asal kami nak

bertolak pukul 7.30 pagi tapi ade masalah sikit terpaksa tangguh hingga ke pukul 9.30 pagi. Jam 9.30 pagi kami pun bermulah pengembaraan ke Perak dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu oleh Hadi Syafiq.
Sampai kat Perak kami berkumpul di Rumah Hisham, lepas tu baru bertolak ke rumah pengantin. Ramai juge la yang konvoi sekali antaranya Midi, firdaus, Hisham, Syafiq, Majdi, Haq, Hadi, dan beberapa muslimat. Sampai rumah pengantin kami pun makan dan bergambar dengan pengantin.........cerita selanjutnya(Selamat Pengantin Baru Abang Wan).......... habis kenduri kami pun pergi la melawat sekejap tempat-tempat yang ade di perak...


Kat Semanggol


Habis ronda-ronda Perak berkumpul semula di rumah Hisham untuk siapkan diri sebelum balik. Penulis kene bermalam lagi di rumah Hadi sebab tiket nak balik ke Bandaraya Kuala Lipis dah habis, bertolak dari Perak jam 9.30 malam. Perjalanan malam mengantuk betul. Sebab mengantuk sangat kami berhenti kat perhentian Tapah. Cadang nak minum air je, Tapi ternampak pule pau ayam... makan la sikit.... Sampainye kami jam 2 pagi. Dan terus berehat...

Esoknya penulis pun bertolak pulang ke Kuala Lipis..... perjalanan kali ini selain untuk berseronok dapat juge mengeratkan ukhuwah antara kami. Banyak yang penulis dapat ambil sepanjang perjalanan ini bila melihat sendiri realiti kehidupan didunia ini. Ada manusia yang diberikan hidayat dan penunjuk, dan ada juge yang Allah sesatkan mereka dalam kehidupan dunia ini. Manusia hendaklah berusaha untuk mencari Hidayah dari Allah, kerana itu kita disuruh untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Semoga perjalanan kami diberkati Allah.

Friday, August 1, 2008

'Mengembek' di Kandang Harimau













Ada pepatah melayu menyebut ‘Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang harimau mengaum’ (lebih kurang macam tulah bunyinya). Maksudnya manusia mestilah pandai untuk menyesusaikan diri dimana sahaja mereka berada. Seperti orang kampung yang baru berhijrah ke Bandar, mereka hendaklah pandai menyesuaikan diri di kawasan baru itu seperi pengurusan perbelanjaan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya. Begitu juga orang bandar yang berhujrah ke kampung.

Tetapi malangnya ada juga yang menggambil falsafah daripada pepatah ini sebagai jalan untuk melarikan diri daripada sesetengah pelaksaan syariat Islam. Mungkin tidak dilafazkan dengan perkataan tapi dipertunjukkan melalui amalan. Satu contoh yang mudah untuk kita lebih jelah, situasi yang mungkin berlaku kawasan kita satu program keagamaan diadakan. Hadirin yang hadir datang dengan penuh sopan. Yang lelakinya datang dengan memakai kopiah atau songkok, yang perempuan pula memakai tudung ataupun paling kurang selendang untuk menutupi kepada. Tetapi apabila ke majlis lain mereka tampil dalam keadaan yang aurat mereka terbuka. Orang yang sama tetapi mempunyai ‘watak’ yang berbeza.

Itu baru diambil kita dari segi pemakaian, kalau nak tengok dari segi lain masih banyak. Segelintir umat Islam hari ini tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Fahaman yang dianuti adalah ideologi semata-mata bukanlah daripada Al-Quran sepenuhnya. Al-Quran dijadikan panduan cuma pada sebahagian hukum sahaja. Manakala, yang lain tidak dituruti. Mereka begitu mudah terpengaruh dengan proganda yang diadakan oleh orang lain. Perihal orang yang sebegini telah dijelaskan oleh Allah dalam kitabNya pada surah Annisa’ ayat yang ke 143

143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Cuba kita selidik kembali punca berlakunya masalah ini. Adakah ianya datang daripada kurangnya ilmu agama ataupuan sikap diri yang memang suka menolak kebenaran agama. Jawapannya, kedua-duanya adalah betul. Tidak kurang juga ada orang yang mahir tentang ilmu agama tetapi disebabkan terpengaruh dengan suasana sekarang yang terlalu mementingkan gaya dan populariti menyebabkan mereka menyembunyikan pengetahuan mereka. Sebagai umat Islam, kita haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat, yakin dengan kebenaran dari al-Quran. Percayai tentang azab Allah dan sebagainya.

Jadi apa yang perlu kita semua lakukan ialah tuntut ilmu sedalam mungkin dan mengamalkan ilmu yang ada pada diri kita. Kita mestilah membina diri kita untuk menjadi orang yang soleh dan solehah. Janganlah kita mengharapkan suasana yang mengubah diri kita untuk jadi baik. Tetapi kita kena bina dasar yang kukuh dalam diri supaya dimana saja kita pergi syariat Islam dilaksanakan dalam diri kita. Kata Imam hassan Al-Hudaibi, “Binalah daulah Islamiah dalam dirimu, nescaya akan tertegak daulah Islam di tanah airmu.”



Jadilah seperti ikan dilautan, walau air laut itu masin tetapi tetap tawar ikan tersebut.

Alif... Baa... Taa...

Al-Quran ialah Kitabullah yang diturun oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara mutawattir dalam bahasa arab melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. Al-Quran adalah kalamullah yang manjadi panduan hidup manusia. Al-Quran mengandungi semua aspek kehidupan manusia. Walaupun Al-Quran diturunkan pada lebih 1400 tahun yang lalu, tetapi pelaksanaannya sesuai hingga ke hari ini. Tetapi malangnya terdapat orang Islam sendiri yang tidak mahu mengikut pelaksanaan berdasrkan Al-Quran bahkan lagi teruk ada yang menolak Al-Quran dengan mengatakan Syariat berlandaskan Al-Quran hari ini adalah jumud. Astaghfirullah…


JOM BACA AL-QURAN....



Golongan muda khususnya mesti menguasai bidang Al-Quran. Mari kita ingat kembali sewaktu kita mula-mula berlajar membaca Al-Quran kecil dahulu. Kita mulakan dengan membaca buku iqra’ untuk mengenal huruf. Ada pula yang bermula dengan buku muqaddam. Kemudian bila kita tamat membaca buku iqra’, bermulalah pembacaan Al-Quran kita.
Al-Quran dibaca setiap hari, ibu bapa kita menyuruh kita untuk pergi belajar mengaji. Ada yang suka ke kelas mengaji dan ada yang tidak suka. Walaubagaimanapun, Ibu bapa mesti malaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka. Malang sekali ada juga dikalangan remaja hari ini yang bilamana disuruh baca Al-Quran mereka diam membisu kerana tidak tahu membaca. Tambah menyedihkan lagi bilangan untuk golongan ini bukanlah sedikit.
Saya cuba untuk berkongsi pengalaman sewaktu menjadi fasilitator bagi program motivasi bawah anjuran zakat Selangor awal tahun 2008. Peserta yang diambil adalah daripada kalangan pelajar tingkatan 3. Bila ditanya adakah tahu membaca Al-Quran rata-rata mengatakan tidak tahu. Jadi bagaimana ingin memperjuangkan hak-hak yang terdapat dalam Al-Quran sedangkan diri sendiri tidak pandai untuk membaca Al-Quran.Oleh itu, sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan ajaran A-Quran dan Assunnah, marilah kita pertingkatkan bacaan Al-Quran kita. Jadikanlah Al-Quran sebagai santapan kita setiap hari walau dimana kita berada. Sesungguhnya dengan membaca Al-Quran hatikan menjadi tengan seperti mana firman Allah dalam surah arrad ayat ke 28:
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Mari kita kenang sekali lagi sewaktu zaman kita kecil-kecil dan comel-comel dulu. Kita sanggup untuk pergi belajar mengaji untuk kita mahir dalam bacaan Al-Quran. Adakah kita ingin biarkan usaha kita dahulu menjadi sia-sia apabila diwaktu besar kita semakin jauh dengan Al-Quran. WALLAHu’alam…..

Belia Harapan Negara

Gambar Hiasan

Belia merupakan tonggak Negara. Ini kerana belia adalah pemimpin bagi sesebuah Negara buat masa hadapan. Jika hebat belia tersebut, maka hebatlah kepimpinan Negara pada masa akan datang ataupun sebaliknya. Persoalannya, bagamanakah kita ingin menerangkan maksud belia yang hebat?. Ada sesetengah pihak yang mengkategorikan belia yang hebat adalah belia yang mempunyai personaliti yang baik. Sebagai contoh berpakaian kemas, bersopan santun, berbudi bahasa, dan macam-macam lagi perkara yang baik dari sudut moralnya.

Saya tidak menafikan bahawa itu semua adalah characteristic yang perlu ada dalam diri seorang belia, tetapi adakah dengan nilai moral itu sahaja sudah cukup untuk mangelarkan belia yang hebat? Suka untuk saya bawakan sepotong ayat:

52. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.

Saya rasa sudah jelas mengenai apa itu belia yang hebat. As a Muslim, kita hendaklah mentaati segala perintah Allah dan RasulNya. Dan diakhir ayat diatas menyatakan bahawa mereka yang mentaati Allah dan RasulNya adalah orang yang mendapat kemenangan. Maka merekalah baru boleh digelarkan sebagai belia yang hebat.

Belia yang hebat mestilah yakin bahawa mereka dijadikan oleh Allah bukan untuk bersuka-suka di dunia semata-mata. Tetapi kita mempunyai matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

115. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
Matlamat kewujudan manusia adalah untuk meng’abdikan diri kepada Allah s.w.t. seperti firmanNya dalam surah zariyat ayat yang ke 56:
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah bermatlamatkan Allah s.w.t. Tidak kira, baik kita makan, minum, tidur, melompat, serve internet, jalan itik, dan sebagainya semuanya mestilah barmatlamatkan Allah.
Ada sesetengah pihak yang mendefinisikan ibadah sebagai amalan seperti solat, puasa, sedekah, umrah, dan seumpanya sahaja, sedangkan ibadah adalah satu ruang lingkup yang sangat luas seperti yang dijelaskan di atas. Pernahkah kita mendengar perkataan sekularisme? Fahaman inilah yang menyebabkan terjadinya masalah pembezaan antara ibadah khusus dan ibadah umum. Ini kerana sekularisme telah mengetengahkan fahaman membezakan soal dunia dan akhirat.:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
Ayat diatas menerangkan bahawa agama Islam meliputi seluruh aspek kehidupan baik dari segi ibadah khusus mahupun ibadah yang umum seperti pergaulan, perkahwinan, ekonimi, politik, pemakaian, dan sebagainya.

Mengapa saya ketengahkan isu ini adalah kerana masalah inilah yang semakin menular dikalangan belia hari ini. Mereka mengatakan, “ kami sembahyang…. Kami puasa….” And something else. Tapi dalam hal yang lain seolah-olah mereka telah menolak tuntunan agama Islam.
45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa
Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.

Kita mendirikan solat, tetapi solat itu tidak mendatangkan kesan dalam diri kita. It must have something wrong in out solat. Oleh itu marilah kita muhasabah kembali tentang amal ibadat kita, adakah sempurna sepertimana yang dituntut oleh Allah. Mungkin ini sedikit tazkirah sebagai permulaan untuk kita mengenal dan menjadikan diri kita belia yang hebat disisi Allah s.w.t.

Hari Esok Untuk Islam

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam.

Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala." Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah.

Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.Fajar menyinsingTanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi.

Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawagolongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amatdahsyat.

Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alamtelah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam.

Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.Pertama: Kekuatan kuantiti.Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadibanyak…"(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."Kedua: Hasil Bumi.Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama.

Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.Sikap kitaKita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir. Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

anganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Lelaki acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.... Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya dan Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran